Apa itu Ujian Psikologi?
Ujian Psikologi adalah satu prosedur yang sistematik untuk memerhati tingkah laku manusia dengan menerangkannya dengan bantuan skala numerikal atau sistem kategori.
Kegunaan Ujian Psikologi
- Untuk tujuan deskriptif atau keperihalan iaitu ujian yang digunakan untuk mengenalpasti kekuatan dan kelemahan diri klien.
- Untuk tujuan membuat keputusan terutama dalam membuat pemilihan dan penempatan.
- Untuk tujuan profiling staf atau pelajar
- Ujian sebagai alat motivasi
- Ujian untuk mengenalpasti masalah yang dihadapi klien.
Mengapa menggunakan Ujian Psikologi?
- Ujian menggunakan prosedur standard, jadi kurang dipengaruhi oleh faktor bias atau berat sebelah.
- Terdapat kaedah untuk menentukan keberkesanan ujian psikologi
- Ujian Psikologi dibuktikan lebih sah dan berguna berbanding kaedah lain.
Halatuju penggunaan Ujian Psikologi di Malaysia.
- Semakin popular dan semakin diterima untuk pelbagai tujuan khususnya pemilihan dan penempatan
- Perlu ditadbirkan oleh profesional
- Pengunaannya dikawalselia oleh badan tertentu iaitu Lembaga Kaunselor
- Penggunaan Ujian Psikologi ini perlu memperoleh sijil layak menggunakan ujian.
Contoh-contoh Ujian Psikologi
- Inventori Personaliti Warna
- Inventori Nilai Pekerjaan Sidek
- Ujian Kecenderungan Bakat
- Inventori Personaliti Sidek
- Inventori Minat Pekerjaan
Inventori Personaliti Warna
Inventori Personaliti Warna ini adalah inventori yang mengandungi 100 item yang mempunyai format jawapan "Ya" atau "Tidak". Respons individu kepada item-item yang terkandung dalam alat ukuran ini dikatakan dapat menerangkan ciri-ciri personaliti individu. Inventori Personaliti Warna (IPW) mempunyai 4 skala iaitu Skala Emas, Hijau, Biru dan Jingga. Alat ukuran ini telah dibina oleh Sidek et.al (1997), semasa pengendalian kursus Penilaian Dalam Kaunseling Untuk Pelajar Bachelor Pendidikan (Bimbingan dan Kaunseling) di Universiti Putra Malaysia, Terengganu.
Inventori Personaliti Warna adalah satu alat ukuran yang dibina bertujuan untuk mengukur atau mengenal pasti ciri-ciri personaliti berasaskan personaliti warna iaitu Emas, Hijau, Biru dan Jingga.
Jom kita test ujian ini :)
UJIAN PERSONALITI WARNA <----- Klik Sini
JAWAPAN DAN PENERANGAN <----- Klik Sini
Inventori Nilai Pekerjaan Sidek
Iventori Nilai Pekerjaan Sidek merupakan inventori yang digunakan untuk mengenalpasti nilai-nilai yang dianggap penting oleh seseorang individu. Inventori ini mempunyai format jawapan berskala likert iaitu
i) Sangat Suka (SS)
ii) Suka (S)
iii) Tidak Pasti (TP)
iv) Tidak Suka (TS)
v) Sangat Tidak Suka (STS)
Gerak balas individu kepada item-item yang terkandung dalam ujian ini dikatakan dapat menerangkan nilai-nilai pekerjaan individu.
Jom cuba inventori ini.
UJIAN NILAI PEKERJAAN SIDEK <----- Klik Sini
JAWAPAN DAN PENERANGAN <----- Klik Sini
UJIAN KECENDERUNGAN BAKAT
Ujian Bakat adalah ujian yang digunakan untuk membuat telahan tentang bakat atau keistimewaan yang dimiliki oleh seorang pelajar.
Inventori Personaliti Sidek
Inventori Personaliti Sidek adalah inventori atau ujian untuk mengenal pasti ciri-ciri atau tret-tret personaliti individu. Ujian Personaliti ini mempunyai format jawapan "Ya" atau "Tidak". Respons individu kepada item-item yang terkandung dalam ujian dikatakan dapat menerangkan ciri-ciri personaliti individu.
Inventori Personaliti Sidek adalah singkatan bagi IPS mempunyai 15 skala yang mampu mengenalpasti 15 ciri-ciri personaliti individu
UJIAN PERSONALITI SIDEK <------ Klik Sini
JAWAPAN DAN PENERANGAN <------ Klik Sini
Inventori Minat Kerjaya
Satu set Ujian Psikologi yang dibina untuk mengukur 6 pola minat kerjaya iaitu Realistik, Investigatif, Artistik, Sosial, Keusahawanan dan Konvensional. Tiada had masa yang ditetapkan untuk mengambil alat ukur minat kerjaya ini. Walaubagaimanapun purata masa yang digunakan untuk mengambil adalah di antara 10 sehingga 15 minit.
Jom cuba ujian ini
JAWAPAN DAN PENERANGAN <------ Klik di sini
UJIAN MINAT KERJAYA <----- Klik di sini
hi...saya student IPGKBL...kerja kursus saya adalah utk conduct test kerjaya pada plajar skolah rendah...ada cadangan test kerjaya yg sesuai utk plajar darjah 3 atau 5?? Sbb semua test kerjaya mempunyai terlalu bnyk soalan..bdk saya cepat bosan...terima kasih...
ReplyDeleteInventori Minat Kerja - Self Directed Search (SDS), kalau murid rasa bosan mungkin guru boleh tolong bacakan soalan dan tandakan jawapan, murid sekadar menyatakan ya / tidak sahaja. =D
ReplyDeleteboleh sarankan senarai alat ujian yang lain pula?
ReplyDeleteMacam mana mentadbir alat ujian kecenderungan kerjaya ya?
ReplyDelete