Jenis Kerjaya

KERJAYA

Kerjaya merupakan satu proses berterusan dan berulang, anda akan mengenalpasti halatuju kerjaya ataupun program yang akan menepati diri anda dan apa yang mampu memberi inspirasi kepada anda.

Seterusnya, anda akan mendapat pendedahan dan pengalaman kearah halatuju yang anda pilih. Dalam proses itu, anda akan terus-menerus menilai apa yang anda mahu dan perlu dalam membuat perubahan kepada haluan kerjaya anda mengikut arus perjalanan hidup anda.


KERJA bermaksud melakukan sesuatu secara sukarela, melalui arahan, cara paksaan dan mempunyai masa kerja yang tetap atau ditentukan seperti 1 jam, 2 jam, 4 jam, 8 jam atau 12 jam. Kerja mengikut istilah umum bermakna membuat atau melakukan sesuatu bagi mendapatkan hasil, upah, ganjaran, berpendapatan tetap.

KERJAYA bermaksud kerja yang disukai, diminati dan dibuat sepenuh hati tanpa paksaan. Amat sesuai bagi individu yang berpandangan jauh dan bervisi. Mempunyai peluang luas dalam aspek peningkatan diri ke arah lebih profesional, berdaya maju dan mampu memberi hasil pulangan yang lumayan. Masa kerjanya 24 jam sehari namun bebas, santai dan tidak mengekang dan tidak pula mengkesampingkan disiplin diri bagi tujuan mengemudi hala tuju yang teratur dan lancar.


BIDAN
Ramai dikalangan generasi kini kurang diberi pendedahan kepada profesion bidan.  Umum diketahui perkerjaan Bidan seringkali  dipelopori oleh golongan-golongan tua yang mempunyai pengalaman yang luas dalam bidang perbidanan, namun demikian, ekoran keadaan pembangunan negara yang semakin moden, kerjaya bidan kini telah diangkat sebagai suatu perkerjaan professional yang diikhtiraf dan mempunyai pasaran yang luas.



 BIDAN adalah individu yang bertanggungjawab menyambut atau membantu doctor kelahiran bayi. Membantu menyediakan penjagaan sebelum dan selepas bersalin serta memberi nasihat kepada ibu bapa berkaitan dengan penjagaan bayi

Gred
U29
U41

Syarat-syarat Am
Diploma Kejururawatan daripada institusi-institusi Latihan Kesihatan Malaysia atau yang diiktiraf oleh kerajaan
Ijazah Sarjana Muda kepujian dalam bidang berkaitan

Gaji
U29 Gaji Minimum    : RM1312.00
        Gaji Maksimum : RM5173.00

U41 Gaji Minimum      : RM2260.00
        Gaji Maksimum  : RM8756.00

VATERINAR
Vaterinar atau lebih dikenali sebagai doktor haiwan adalah seorang individu yang bertanggungjawab dalam perubatan haiwan/vaterinar. 
Perubatan vateriner merupakan salah satu istilah cabang sains yang membincangkan pencegahan, diagnosis dan perawatan penyakit, gangguan dan kecederaan pada haiwan.





Kita sering didedahkan bahawa, vaterinar hanya merawat haiwan peliharaan dan ternakan. Kerjaya sebagai vaterinar bukan sahaja merawat haiwan ternakan malahan memainkan peranan penting dalam menjaga kebajikan haiwan dan pemuliharaan bahan genetik haiwan. Ini bagi memastikan penyakit bawaan haiwan ternakan tidak menular kepada manusia mahupun haiwan lain.

Gred
G41

Syarat-syarat Am
Ijazah Doktor Perubatan Vaterinar atau Ijazah Dalam Ilmu Perubatan Vaterinar yang diiktiraf oleh kerajaan

Gaji
Gaji Minimum     : RM1915.00
Gaji Maksimum  : RM8651.00



Juruaudio Visual
Juruaudio visual ialah individu yang bertanggungjwab mengendalikan pemasangan alat audio visual, memberi khidmat kemudahan alat  siaraya dan peralatan audio visual kepada Pegawai Pengembangan, menjalankan kerja post production dan salinan koleksi bahan media, menjalankan kerja penyediaan bahan pameran dan menyelenggara peralatan alat audio visual.

Gred
N17

Syarat-Syarat Am
Sijil Pelajaran Malaysia
Berpengalaman dalam mengendalikan peralatan yang berkait rapat dengan elektronik siaran, memasang, menyelenggara dan membaiki kerosakan kecil.
Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 2 dan 3 dalam bidang pereka bentuk multimedia.

Gaji
Gaji Minimum   : RM928.00
Gaji Maksimum : RM3375.00

Juruukur Bahan
Ukur Bahan atau Quantity Surverying adalah salah satu bidang  yang penting di dalam industri pembinaan. Ia adalah berdiri sebaris dengan profession-profession yang lain.

Juruukur bahan berperanan menjadi seorang penasihat dan berkebolehan untuk menasihat pihak pelanggan dari segi perancangan serta kawalan kos projek serta pentadbiran kontrak. 

Juruukur Bahan bebas bekerja di bawah pelbagai sektor seperti sektor awam, perunding, kontraktor atau pemaju. Setiap cabang pekerjaan ini mempunyai perbezaan yang ketara dan diringkaskan seperti berikut:

Bil
Perunding
Kontraktor
1
Menyediakan anggaran awalan kos projek
Menyediakan harga untuk tawaran tender yang disertai.
2
Menyediakan senarai kuantiti (BQ) berdasarkan lukisan yang disediakan oleh pihak Arkitek dan Jurutera
Menyediakan butiran tuntutan bayaran interim kepada pihak klien.
3
Menyediakan naskah dokumen tender
Menguruskan perlantikan subkontraktor-subkontraktor domestik.
4
Menyediakan laporan penilaian tender
Menyediakan perakuan bayaran interim kepada subkontraktor domestik
5
Menyediakan dokumen bayaran interim

6
Menyediakan dokumen  perubahan kerja

7
Menyediakan penyata akaun muktamad projek


Syarat-syarat Am
Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Ukur Bahan
Lulus Bahasa Melayu atau kelulusan yang diiktiraf

Gred
J41
JA29

Gaji
Gaji Minimun    : RM2360.00
Gaji Maksimum : RM8743.00
Gaji kenaikan setahun : RM225.00


Jurutera Bioperubatan
Bioperubatan merupakan salah aplikasi yang menggabungkan prinsip dan teknik kejuruteraan di dalam bidang perubatan. Ia merupakan bidang pelbagai disiplin kerana pengetahuan teknologi tinggi dalam bidang sains perubatan seperti anatomi, farmakologi, fisiologi, patologi, imunologi, hematologi, sains transfusi, biokimia manusia dan biokimia klinikal dan lain-lain. Seorang jurutera bioperubatan mempunyai kemahiran menyelesaikan masalah dan mereka bentuk mekanisma atau teknologi baharu bagi membantu meningkatkan tahap kesihatan masyarakat. 


Syarat-Syarat AM
Ijazah Sarjana Muda
Subjek Sekolah  : Matematik dan Matematik Tambahan, Fizik, Kimia, Biologi

Gaji
RM24,000 sehingga RM50,400 setahun (sumber JobStreet)

Ahli Farmasi
Ahli Farmasi ditafsirkan sebagai pembuatan dan pemberian ubat. Farmasi adalah salah satu kerjaya di mana ahli-ahli farmasi membuat kajian dan mencipta ubat-ubat baru. Ahli Farmasi juga bertanggungjawab memberi ubat kepada pesakit-pesakit. Seorang farmasi boleh bekerja sama ada di hospital, kedai farmasi komuniti, industri farmaseutikal, unit penguatkuasaan farmasi dan sebagainya.




Antara Deskripsi tugas Ahli Farmasi adalah :
  • Berkhidmat di Hospital Kerajaan dengan menjalankan aktiviti-aktiviti pengurusan farmasi iaitu perolehan, bekalan, pendispensan produk-produk farmaseutikal dan farmasi klinikal; atau
  • Berkhidmat di Unit-unit Penguatkuasa Farmasi di negeri-negeri menjalankan aktiviti-aktiviti penguatkuasa undang-undang farmasi termasuk urusan pentadbiran; atau
  • Pengawalan Farmaseutikal Kebangsaan - menjalankan aktiviti-aktiviti regulatori iaitu menganalisis kandungan bahan-bahan ubat, kosmetik dan ubat tradisional dan pendaftarannya serta aktiviti pelesenan.

Gred
U29
U41

Syarat-syarat Am
Ijazah dalam bidang Farmasi atau kelayakan dalam bidang yang berkaitan.
Diploma Pembantu Farmasi daripada Sekolah Latihan Pembantu Farmasi Kementerian Kesihatan Malaysia yang diiktiraf oleh kerajaan


Gaji
U29 Gaji Minimum    : RM1312.00
        Gaji Maksimum : RM5173.00

U41 Gaji Minimum     : RM2570.42



Jurubahasa Serentak
Sebagai setiausaha bersama kepada Jawatankuasa Majlis Rasmi Kerajaan bagi istiadat Pembukaan Parlimen, membuat terjemahan serentak semasa mesyuarat Dewan Negara dan Dewan Rakyat, menyunting soalan-soalan Dewan Negara, memberi taklimat serta menjalankan tugas-tugas berkenaan Persatuan Parlimen Komanwel (C.P.A), Persatuan Antara Parlimen-Parlimen (I.P.U) dan Pertubuhan Antara Parlimen Asean (A.I.P.O)

Gred
N41

Syarat-syarat Am
Ijazah Sarjana Muda yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan, berkebolehan bertutur, membaca dan menulis serta menterjemah secara serentak dari Bahasa Malaysia ke Bahasa Arab atau Bahasa Inggeris atau Bahasa Perancis atau bahasa-bahasa lain.


Gaji
N41 Gaji Minimum   : RM1911.00

       Gaji Maksimum : RM8646.00



Guru Bahasa/ Pensyarah
Bertanggungjawab memberi syarahan, tutuorial dan menjalankan penyelidikan dan menghasilkan penerbitan, menyelia projek tesis, mengurus kerja-kerja amali, tutorial, menyediakan nota-nota kuliah/manual makmal, mengendalikan urusan peperiksaan, mengawasi kerja-kerja latihan praktik pelajar, membantu menyemak/menyediakan kurikulum/silibus, melibatkan diri dengan kerja-kerja penyelidikan dan menjalankan usaha-usaha pembangunan pelajar.


Gred
DG41


Syarat-syarat
Warganegara Malaysia dan mempunyai Ijazah Sarjana Muda dalam bidang pengajaran bahasa atau bidang berkaitan yang diiktiraf oleh kerajaan atau institusi-institusi pengajian tinggi tempatan yang diiktiraf oleh kerajaan.

Gaji
Gaji Minimum     : RM1917.00
Gaji Maksimum   : RM8652.00



Arkitek
Individu yang bertanggungjawab dalam merancang, merekabentuk bangunan baru, menerima dan mengkaji ringkasan projek, melawat tapak projek, menyediakan lukisan, lakaran reka bentuk terperinci, lukisan kerja dan penentuan.





Gred
J41

Syarat-syarat
Ijazah Sarjana Muda Seni Bina yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan yang diiktiraf oleh kerajaan.

Gaji
Gaji Minimum    : RM2360.00
Gaji Maksimum  : RM8743.00


Peguam
Merupakan seorang individu yang profesional dalam membantu sesorang yang memerlukan khidmat nasihat guaman dalam menangani kes. Peguam ditugaskan untuk membela anak guamannya di mana-mana mahkamah dalam kes yang mana mahkamah tersebut mempunyai bidang kuasa terhadap kes yang dibicarakan






No comments:

Post a Comment

Forum

Recent Posts