Tips Temuduga

CARA DAN PANDUAN MENYUSUN SIJIL KETIKA TEMUDUGA



Dikala semua persediaan untuktemuduga telah disiapkan dengan rapi, tahukah anda persediaan menyusun segala sijil dan dokumen anda di dalam folder adalah juga penting. Kali ini admin akan kongsikan kepada anda semua cara menyusun sijil dengan betul bagi memudahkan penemuduga melihat keseluruhan sijil dan dokumen ketika proses temuduga dijalankan.

PERSEDIAAN DOKUMEN

1. Dokumen ASAL

Dokumen asal yang perlu dibawa ke pusat temuduga ialah:

� Kad Pengenalan 

� Sijil Kelahiran

� Sijil Kewarganegaraan (jika berkaitan)

� Sijil Berhenti Sekolah

� Sijil SPM asal

� Sijil STPM asal (jika ada)

� Diploma asal (jika ada)

� Transkrip diploma asal (jika ada)

� Ijazah sarjana muda asal.

� Transkrip sarjana muda asal.

� Ijazah sarjana asal (jika ada)

� Transkrip sarjana asal (jika ada)

� Surat Pengiktirafan Kelayakan JPA (bagi ijazah Luar Negar

� Sijil/Surat Keterangan Koko (mulai Tingkatan 4 hingga ke Universiti

� Dokumen-dokumen lain yang berkaitan.

(Sijil akademik dan koko semasa sekolah rendah, tingkatan 1 hingga PMR tak perlu bawa. Penemuduga hanya akan menilai sijil selepas tingkatan 3 sahaja)

Sebaik-baiknya semua dokumen di atas dimasukkan ke dalam "CLEAR FOLDER" dan disusun mengikut senarai di atas. Pastikan semuanya sudah tersusun bila sampai ke pusat temuduga. Jangan bila dah sampai ke pusat temuduga baru tercari-cari dan cuba menyusun. 

Kebanyakan penemuduga agak sensitif tentang susunan ini. Kalau calon menyusun mengikut keterangan di atas, sudah pasti calon dapat menambat hati penemuduga memandangkan dokumen ini perlu diserahkan kepada penemuduga SEBELUM sesi temuduga bermula. Mesti ingat selalu bahawa "First Impression Counts".

Dan jangan lupa, dokumen-dokumen lain yang tak berkaitan eloklah disimpan ke dalam beg anda. Folder ini biar nampak yang spesifik untuk temuduga ini. Tapi ... seperti biasalah ada calon yang guna folder. Dalam folder macam tong sampah .. Bila penemuduga cuba meneliti dokumen asal, sibuklah calon nak tunjuk yang itu.. yang ini. Calon seperti ini biasanya bolehlah memohon semula tahun depan. Penemuduga sebenarnya menilai kualiti seseorang calon dari folder dokumen asalnya. Folder itu merupakan "portfolio" calon. 

Kalau nak jadi guru, jika nak simpan dokumen 20 helai pun sudah kelam kabut, macam mana nak simpan beratus ... beribu dokumen pelajar. Ingat.. ini satu penilaian diri yang penting.

Satu perkara lagi tentang dokumen asal ini ialah dokumen berkenaan MESTI dibawa ke pusat temuduga. Penemuduga biasanya tak mahu mendengar alasan sijil tertinggal di KL, baru sampai semalam ... sijil dihanyutkan banjir tahun 1991 dulu... sijil SPM (1993) masih di sekolah lama . . dsb.

Jika pada hari ini, ada dokumen asal anda yang hilang atau rosak dapatkan yang baru. Sijil Lahir boleh dapat baru dari Pejabat Pendaftaran. Jangan bawa sijil lahir yang dah berlipat-lipat dan sukar dibaca. Jika dokumen asal hilang pastikan ada laporan ke pihak-pihak berkenaan serta bukti surat asal. Kad pengenalan yang hilang boleh dibuat baru. Kalau gambar pada kad pengenalan semasa anda darjah enam dulu, pastikan pergi pejabat pendaftaran dan buat baru. Haa... barulah nampak calon pendidikan guru yang berpotensi dan berwatakkan guru.

2. Salinan Fotostat

Bagaimana pula dengan salinan fotostat ? . . . Semua salinan fotostat hendaklah difotostat dengan jelas. Jangan terima dari kedai fotostat jika dokumen salinan itu tidak jelas. Selepas difotostat, dapatkan pengesahan. Setiap keping salinan fotostat hendaklah DISAHKAN oleh pihak-pihak yang dibenarkan seperti penghulu, ketua kampung, ketua balai, guru besar, pengetua sekolah atau pegawai kerajaan Bahagian 1 seperti pensyarah maktab dan guru-guru berijazah. Jangan datang ke pusat temuduga dengan semua salinan fotostat belum disahkan. Salinan fotostat yang tiada pengesahan TIADA NILAINYA.

Semua dokumen dah difotostat, dah disahkan, kemudian MESTI disusun mengikut susunan sijil-sijil asal seperti disenaraikan di atas. Wahhh ada pula calon yang sehingga buat binding semua salinan fotostat. Tak perlu dibinding! Anda akan membazirkan wang sahaja jika buat binding sebab kebanyakan calon yang buat binding salinan sijil mereka susunannya tidak sama seperti diarahkan.

Biasanya, sampai sahaja ke pusat temuduga, penemuduga akan suruh tanggalkan dan susun semula. Jadi susun ikut sepertimana disenaraikan di atas. Kemudian "staple" di bahagian atas sebelah kiri. Satu staple sahaja dah mencukupi. Jika salinan dokumen banyak, guna staple besar dan mungkin kena staple dua kali dari depan dan belakang. Jangan guna "paper clip" sebab dokumen mudah tertanggal dan bertaburan di lantai.

3. Borang Maklumat Diri Calon

Apabila seseorang calon dipanggil untuk ditemuduga, ada dikepilkan satu borang yang dipanggil Borang Maklumat Diri Pemohon untuk Mengikuti Kursus Perguruan Lepas Ijazah. Maklumat yang perlu diisi dalam borang ini ialah seperti :

1. Maklumat kursus yang anda pohon - seperti nama kursus, kod dan tahun ambilan.

2. Butir diri calon - seperti gambar terkini, nama, nombor K.P., jantina, tarikh lahir dll

3. Butiran keluarga - seperti maklumat bapa / suami / isteri

4. Butiran akademik - iaitu keputusan SPM, STPM / Matrikulasi, maklumat ijazah, CGPA dan bidang.

5. Pengakuan yang calon, tarikh dan tandatangan

Borang ini hanya 1 muka surat. Saya ulang, 1 muka surat, tetapi apa dah jadi kepada ramai calon-calon yang datang temuduga. Maklumat yang sebanyak ini pun tak sanggup dilengkapkan dengan sempurna. Di bawah ini saya senaraikan penemuan saya selama menemuduga KPLI selama 8 tahun sejak dilaksanakan:

1. Tulisan yang sukar dibaca, comot dan penuh dengan "liquid paper"

2. Tidak melengkapkan semua butiran yang diminta. Bila ditanya, ohhh... baru nak cakap terlupa konon dan sebagainya... . Kalau penemuduga pun buat ohhh.. terlupa nak bagi markah macam mana ?

3. Gambar.. hahh ni lagi best. Ruang gambar tu kecil. Bukan saiz passport tetapi saiz gambar lesen memandu. Kalau gambar anda besar, potong bahagian muka sahaja dan tampalkan. Kedua, gambar mesti terkini. Ya, terkini. Tetapi ada calon yang tanggalkan gambar dari kad pusat sumber masa tingkatan 5 dan tampalkan. Bayangkan ada cop pusat sumber sekolah pulak tu. Ketiga.. kalau calon lelaki, gambar tu biarlah mencerminkan seorang calon yang berwajah guru. Bergambarlah dengan pakai tali leher, dan lebih baik kalau pakai blazer. Kat kedai gambar tu, ada banyak blazer untuk bergaya. Namun, ramai yang tampal gambar mereka yang pakai tee shirt hard rock cafe lah, yang ada gambar kumpulan rocklah. Kalau gambar macam tu mintalah jadi pelayan disko. jangan minta jadi cikgu. heee :P

4. Tandatangan ... Ada calon tu dah serah borang kepada penemuduga baru sedar belum ditandatangan.

4. Kesimpulan ... Cuba anda renung sejenak. Katakanlah minggu depan anda akan menghadiri temuduga. Bagaimana agaknya persediaan dokumen-dokumen anda ? Saya berharap, calon-calon yang sudah mengikuti kursus bimbingan ini akan mengalahkan semua calon lain dari segi "kualiti diri calon" berasaskan kepada persediaan dokumen dan borang-borang.

- Sijil kepujian dekan diletakkan selepas transkrip

- Boleh letakkan resume (susunan yg terakhir sekali)

- Sijil koko merupakan sijil-sijil sokongan dan bukan sebagai sijil utama akademik. Jadi semasa menyusun, nak diletak dari tktn 4 hingga universiti pun boleh, nak diletak dari universiti hingga ke bawah pun boleh. Biasanya semasa menyemak aktiviti koko, penemuduga akan menyemak sijil berhenti sekolah terlebih dahulu sebab di dalam sijil berhenti sekolah tercatat banyak maklumat - sukan, persatuan dan unit beruniform. Tak ramai calon KPLI yang ada aktiviti semasa di U. Jika anda mempunyai banyak aktiviti di U, lebih baik sijil-sijil sokongan ini diletak terlebih dahulu. Sebab aktiviti semasa di U skornya lebih tinggi. Dan ini sekali gus menonjolkan diri kita aktif dalam koko dan inilah antara watak guru yang dicari. - Kredit kepada pengarang

----------

Pengalaman admin semasa menghadiri temuduga, admin pergi ke tempat temuduga tersebut sangat-sangat awal, sampaikan orang di pejabat tu pun belum datang, lampu kat dalam tu pun belum di on, hehee.. Tapi kelebihannya, kita takkan rasa gugup jika datang awal, rasa lebih bersedia. Selepas itu, datang urusetia SPA yang menguruskan calon-calon temuduga, telah menyusun sendiri dokumen dan sijil saya oleh kerana saya datang awal dan dia pun datang selepas saya sampai. So kelebihan juga di situ. 

Admin orang pertama yang ditemuduga, dan alhamdulillah semua berjalan lancar. Biasalah mood diorang kan masih fresh gitu, 2 3 soalan tak boleh di jawab, tapi dijawab dengan sopan ucapkan kata maaf, saya tidak mengetahuinya, jangan korang nak goreng-goreng lah kalau tak tahu. Syukur, dengan temuduga tersebut, admin berjaya :). 




                    ETIKA PAKAIAN TEMUDUGA


Semua tahu apabila menghadiri sesuatu proses temuduga, pakaian memainkan peranan penting dalam proses tersebut. Ini kerana, kebanyakan majikan akan menilai setiap calon pekerjanya melalui pakaian. Yup, pakaian, jika kemas pakaian seseorang calon itu, maka kebarangkalian untuk diambil bekerja amatlah tinggi berbanding calon yang selekeh. 

Tetapi, ada diantara kita, tidak tahu bagaimana rupa atau cara etika berpakaian semasa temuduga tersebut. Di sini admin, kongsikan beberapa contoh etika berpakaian semasa temuduga. Semoga bermanfaat.











      PERKARA WAJIB ANDA TAHU SEBELUM TEMUDUGA



Temuduga
Perkara Wajib Anda Tahu Sebelum Hari Temuduga | Beberapa perkara atau topik yang perlu anda ketahui sebelum menghadirkan diri ke sesuatu temuduga. Apa yang ada di kepala kita bila menyebut pasal "TEMUDUGA" ialah pakaian yang sesuai, bawa dokumen² berkaitan, bercakap perlu yakin. Semua orang fikirkan benda yang sama. So, sekarang admin nak kongsi beberapa topik agar anda lebih bersedia menghadapi hari penting berkenaan.


Objektif temuduga
Bagi membolehkan majikan mendapatkan sebanyak mungkin maklumat mengenai pengetahuan, kemahiran dan kebolehan calon;

1. Untuk mengetahui sama ada calon mempunyai personaliti yang sesuai dengan jawatan; dan

2. Untuk melihat tahap kematangan dan kejujuran calon.


TIPS DAN PANDUAN

1. Persediaan Awal

Selidik profail syarikat/jabatan, jawatan atau bidang tugas yang dipohon
 
Ini merupakan soalan-soalan asas yang lazim disoal oleh panel temuduga. Kegagalan menjawabnya menunjukkan seolah-olah calon tidak membuat persediaan yang rapi.

  • Pastikan sijil-sijil asal dan salinan pendua sijil serta resume disediakan. 
  • Pastikan sijil-sijil disusun mengikut keutamaan jawatan yang dipohon
  • Cuba dapatkan nama /gelaran panel temuduga

2. Berlatih

i) Ulangkaji “hardskill“
Ini juga merupakan soalan popular yang sering disoal untuk mengetahui tahap pengetahuan calon mengenai teori dan praktikal bidang yang dipelajarinya. Kegagalan calon menjawab dengan baik boleh menjejaskan peluang untuk mendapatkan jawatan tersebut.
 ii) Membuat persediaan berkaitan soalan yang mungkin ditanya

Membuat persediaan awal untuk menjawab soalan-soalan yang mungkin ditanya dengan baik dan lancar. Selain daripada itu,calon juga dapat berlatih menggunakan nada suara, kelajuan dan intonasi yang sesuai semasa temuduga. Calon boleh meminta bantuan rakan untuk memberi maklumbalas. Perlu diingat calon hendaklah berlatih menjawab dan bukannya menghafal jawapan.

3. Pakaian




Kenalpasti etika berpakaian di tempat kerja
Sesetengah majikan di sektor swasta mempunyai etika berpakaian yang berbeza dengan sektor awam. Oleh itu, calon perlu memakai pakaian yang sesuai dengan etika berpakaian di tempat kerja tersebut untuk menghadiri temuduga.

Adab berpakaian dan keterampilan diri untuk lelaki

Digalakkan memakai baju kemeja lengan panjang berwarna cerah (tetapi tidak “striking”) dan seluar slack berwarna gelap dan bertali leher. Walaubagaimanapun, cara berpakaian semasa temuduga ini boleh disesuaikan mengikut etika berpakaian di tempat kerja tersebut. Pemakaian seluar jeans, baju T-Shirt berleher bulat tidak dibenarkan.


Memakai kasut bertumit dan berstokin warna gelap.

Berambut pendek dan kemas, sekiranya berjanggut hendaklah dipotong rapi.

ali pinggang yang dipakai mesti sama warna dengan kasut yang dipakai.


Adab berpakaian dan keterampilan diri untuk perempuan

Memakai pakaian yang sepadan (matching).

Tidak memakai pakaian yang berwarna terang atau ‘striking’.

Tidak memakai pakaian seperti lelaki

Tidak memakai pakaian yang menjolok mata.

Memakai kasut bertumit.

Bagi yang tidak bertudung, rambut disisir rapi atau diikat.

Jangan mewarnakan rambut dengan menggunakan warna-warna yang menyakitkan mata seperti merah, biru, ungu dan berwarna-warni.

Jangan memakai aksesori yang berlebihan terutamanya barang kemas.

4. Adab Temuduga

Di awal temuduga

  • Beri salam atau ucapan selamat kepada panel temuduga;
  • Mendengar dan menjawab soalan dengan betul;
  • Mempunyai keyakinan diri dan motivasi yang tinggi;
  • Bersikap tenang dan tidak gementar;
  • Jangan menguasai sesi temuduga;
  • Jangan membesar-besarkan diri serta bercakap panjang atau bercakap banyak;
  • Jangan cerita masalah peribadi seperti urusan rumahtangga, kesihatan diri atau masalah kewangan;
  • Jangan bertengkar dengan panel temuduga. Sekiranya calon tidak bersetuju dengan pandangan yang diberi oleh panel temuduga, berilah pandangan lain secara berhemah;
  • Jangan mengkritik bekas majikan anda atau mana-mana pihak lain;
  • Jangan mengunyah gula getah atau makan gula-gula semasa temuduga;
  • Jangan menunjukkan ‘silent ‘ protes jika lambat dipanggil panel temuduga;

Di akhir temuduga
  • Biarkan panel temuduga menamatkan sesi temuduga;
  • Apabila sesi temuduga tamat, berilah ucapan terima kasih kepada panel temuduga kerana meluangkan masa dengan anda;
  • Sebaik sahaja sesi temuduga tamat, tinggalkan bilik temuduga dengan segera dan bersopan santun.
  • Pastikan barang-barang milik anda tidak tertinggal.

5. Larangan Temuduga





































6. Kenalpasti Lokasi Temuduga

Untuk memastikan calon tiba ke lokasi temuduga pada masa yang ditetapkan. Kegagalan untuk hadir pada masa yang ditetapkan akan menjejaskan peluang calon. Kehadiran awal membolehkan calon menyesuaikan diri dengan persekitaran tempat temuduga tersebut. Sebaik-baiknya calon dinasihatkan hadir 30 minit sebelum masa temuduga.







     CARA MENJAWAB SOALAN SUKAR DAN MENCABAR





Kebiasaanya di dalam suasana temuduga, calon akan ditanyakan soalan yang boleh dianggap sebagai 'sukar' dan 'mencabar' untuk di terangkan atau dijawab secara spontan. 


Contoh soalan 'sukar' dan 'mencabar' untuk di jawab secara spontan ialah:-

"Saya faham anda mempunyai pengalaman luas dalam bidang ini, akan tetapi bolehkah anda jelaskan sebab-sebab meninggalkan pekerjaan yang sedia ada ?"

"Boleh terangkan sebab anda berhenti kerja di tempat lama pada tahun XX?"

"Saya dapati anda tidak menyenaraikan apa-apa pekerjaan diantara tahun XX sehingga YY, boleh terangkan mengapa?"

"Saya dapati anda kerap bertukar kerja diantara tahun XX sehingga YY, boleh jelaskan mengapa?"


Mengapakah soalan sebegini dianggap 'sukar'?

Soalan sebegini dianggap 'sukar' dijelaskan semasa situasi temuduga kerana selalunya ia ditanya dalam keadaan spontan dan biasanya ditanya selepas sesi santai ice-breaking 'memperkenalkan diri'. Bayangkan, selepas sahaja sesi memperkenalkan diri dan bersantai-santai, tiba-tiba sahaja soalan sebegini ditanya.... tentu sukar bukan?

Tiga Prinsip Utama menjawab soalan 'sukar'

Walaubagaimanapun, Untuk mengelakkan dari perasaan gemuruh, ingatilah tiga prinsip utama menjawab soalan 'sukar':

1. Tujuan utama soalan tersebut ditanya
2. Jawapan yang ringkas dan sesuai
3. Nada dan intonasi yang positif





Kaedah Menjawab Soalan 'SUKAR'

Perkara pertama sekali adalah kita harus berpegang teguh kepada tiga prinsip diatas dan pada masa yang sama cuba untuk tidak menunjukkan perasaan gemuruh.


1. Tujuan utama soalan tersebut ditanya

Setiap soalan yang ditanyakan kepada calon kebiasaannya dirancang untuk menduga kebolehan calon berkomunikasi. 

Soalan 'sukar' sebegini biasanya dapat menentukan sama ada calon tersebut 'matang' atau sebaliknya.

Calon yang matang, dapat memberikan jawapan yang ringkas dengan nada yang positif, manakala calon yang kurang matang akan memberikan jawapan yang lemah dan kerap gemuruh ketika ditanya.

2. Jawapan ringkas dan sesuai

Elakkan dari memberikan jawapan yang terlalu panjang berjela. Hal ini untuk mengelakkan calon daripada menjadi terlebih teruja dan menceritakan perkara yang berada di luar skop jawapan yang dikehendaki penemuduga.

Jawapan yang padat juga dapat menunjukkan kematangan calon.

3. Nada dan intonasi positif

Gunakan nada dan intonasi positif semasa menjawab soalan sukar.

Misalnya, sekiranya diminta untuk menerangkan berkenaan kekerapan anda bertukar kerja, cuba elakkan perkataan-perkataan negatif seperti - 'masalah', 'tekanan', 'kecewa', 'bosan', 'malas', 'susah','rumit'

Sebaliknya, semasa menjawab soalan tersebut, cuba untuk menggunakan perkataan alternatif yang membawa maksud  lebih positif seperti: "mencabar", "cabaran", "peluang yang lebih baik", "peningkatan diri", "peningkatan kerjaya", "daya usaha" dan  'kepimpinan'.

Elakkan dari menyalahkan syarikat lama anda bekerja, bekas majikan atau sebarang polisi kerajaan dan institusi awam.

Cuba untuk merangka jawapan yang menunjukkan anda seorang yang sukakan cabaran dan sentiasa boleh memikul tanggungjawab dan mempunyai daya usaha dalam mempelajari benda baru dan mementingkan peningkatan kerjaya dalam sesebuah institusi.

Kesimpulan

Soalan 'sukar' sememangnya tidak dapat dielakkan di dalam mana-mana situasi temuduga namun begitu, soalan sebegini  dapat ditangani sekiranya calon dapat memahami dan menguasai ketiga-tiga prinsip yang telah diterangkan diatas. Jawab la sebaik mungkin untuk mendapatkan sesuatu pekerjaan.




# Sumber dari : http://buatresume.blogspot.com/



4 comments:

  1. Nak tanye 1 soalan ni..salinan sijil spm boleh ke minta pengesahan dengan UTC

    ReplyDelete
  2. Nak tanya, untuk sijil2 yg ori je yang kena letak dalam fail ke? Yg salinan tak perlu letak dlm fail?

    ReplyDelete
    Replies
    1. letak di belakang sekali selepas sijil sijil original...

      Delete
  3. Nak tanya, kalau sijil pmr hilang untuk iv spa macam mana ye?

    ReplyDelete

Forum

Recent Posts