Friday 15 May 2015

Kaunseling Di Tempat Kerja

Sebagai suatu profesion, kaunseling mempunyai falsafah dan nilainya yang tersendiri. Jika dapat digalakkan semua human resource organisasi dan industri mengamalkan dan menghayati mesej puisi berikut, insya-Allah mereka akan berupaya mengecap kepuasan kerja dan kebahagiaan. Kepuasan kerja dan kebahagian pula menjamin kesejahteraan, dan kesejahteraan biasanya dikaitan dengan personal well-being yang berkait rapat dengan peningkatan motivasi dan produktiviti pekerja.
I expect to pass
this way but once;
any good there fore
that I can do,
Or any kindness that I can
Show to any fellow creature
let me do it now,
Let me not defer or
neglect it,
For I shall not pass
this way again.
(Etienne De Grellet)
Seterusnya, perlu diadakan Employyee Assistance Program (EAP).
".......an EAP is a programatic intervention at the workplace, usually at the level of the individual employee, using behavioral science knowledge and the methods for the regognition and control of certain work and non-work related problems (notably alcoholism, drug abuse and mental health) which adversely affect job performance, with the objective of enabling the individual to return to making his or her full work contribution and to attaining full functioning in personal life.
(Gammie; 1997:67)
Melalui program ini juga diwujudkan jawatan kaunselor profesional dalaman bagi:
a) mengendalikan kaunseling individu, kelompok, perkahwinan, dan keluarga;
b) merancang dan mengendalikan program-program pengembangan diri, dan perkembangan profesional;
c) membuat rujukan kepada profesional luar;
d) merancang dan melasanakan action research serta penilaian berkala;
e) membantu organisasi dan industri dalam kerja perundingan, bukan sahaja bagi menolong pekerja, bahkan
organisasi pada tahp penubuhan, maintainance, decline dan krisis.
Langkah memupuk penghayatan nilai kaunselor profesional dalam kalangan human resource juga penting. Antara nilai yang perlu dipupuk ialah:
  • keterbukaan
  • amanah
  • komited
  • approachability
  • kemesraan
  • menghormati / menghargai orang lain
  • kejujuran
  • keikhlasan
  • empati
  • altruisme
  • bersih (hati, fikiran, perlakuan)
  • caring
  • kesabaran dan tolerans
  • reda (look up; look down)
  • berimam
Akhir sekali, Panel Kaunselor yang sama seperti Panel Perubatan yang sedia ada pada masa kini perlu diwujudkan. Dengan adanya Akta 580 dalam Akta Kaunselor Malaysia, 1998, proses ini menjadi lebih mudah. Kewujudan Panel Kaunselor dapat menyediaan kepakaran yang berbeza mengikut keperluan klien kerana kaunselor dalaman mungin mempunyai kepakaran dan kemahiran yang terbatas. Satu perkara lagi ialah klien mungkin berasa kerahsian akan lebih terjamin apabila mereka berjumpa Panel Kaunselor. Di samping itu, penggunaan khidmat kaunselor luar dapat mengurangkan rasa kurang selesa klien berbanding dengan penggunaan khidmat kaunselor dalaman yang mungin masih tebal dengan stigma tentangnya.

sumber : Dato' Profesor Amir Awang


 

BUDAYA KERJA SERTA IMPLIKASINYA TERHADAP SESEBUAH ORGANISASI

Malaysia merupakan sebuah negara yang membangun dan kini berazam untuk mencapai tahap negara maju menjelang 2020. Namun, adakah impian ini akan direalisasikan oleh masyarakat Malaysia. Bagi mengukur tahap kemajuan sesebuah negara, budaya kerja organisasinya diambil kira sebagai satu faktor penyumbang kepada pengrealisasiannya. Bagaimana pula dengan budaya kerja di Malaysia.
            Sebelum itu, apa yang sebenarnya dimaksudkan dengan budaya kerja. Budaya kerja menurut Busher dan Saran (1992) adalah gabungan nilai, sikap dan kepercayaan yang dikongsi bersama dan menjadi asas bagi ahli-ahli organisasi melakukan sesuatu perkara untuk membentuk identiti dan personaliti sesebuah organisasi. Budaya kerja penting bagi sesebuah organisasi untuk bertindak dan melaksanakan visi dan misi organisasi yang telah ditetapkan. Kepentingan budaya kerja ini telah lama diketahui oleh masyarakat dunia seperti apa yang dikatakan oleh Harris dan Moran dalam bukunya ‘Managing Cultural Differences (1991).’

            “para eksekutif dan cendikiawan benar-benar memperhatikan faktor budaya
             kerja yang ternyata berpengaruh terhadap prilaku, moral atau semangat
 kerja dan produktiviti kerja.

            Budaya kerja di Malaysia boleh dilihat dari 3 aspek organisasi iaitu organisasi kerajaan (awam), organisasi swasta, dan organisasi sukarelawan. Kesemua orgnanisasi ini mempunyai matlamat yang berbeza. Organisasi kerajaan berfokus kepada membantu rakyat dengan memberikan kemudahan dari segi perkhidmatan awam seperti polis, doktor, pegawai kerajaan dan sebagainya. Organisasi swasta pula lebih mementingkan keuntungan dari hasil jualan organisasi mereka seperti hartanah, saham, makanan, perabot dan lain-lain. Berbeza pula dengan organisasi sukarelawan yang tidak mengambil mana-mana keuntungan sebaliknya memberikan perkhidmatan secara percuma dan sukarela kepada masyarakat. Contohnya, Yayasan Al-Bukhari yang memberikan khidmat masyarakat kepada masyarakat Islam yang susah.
            Walaupun setiap organisasi ini mempunyai matlamat yang berbeza. Nilai yang dipegang oleh setiap ahli dalam organisasi mestilah sama iaitu nilai yang positif. Jumlah kesemua nilai yang dipegang oleh mereka itulah yang dikatakan sebagai budaya kerja. Sekiranya, nilai yang dipegang adalah baik, maka sudah tentulah budaya kerja itu akan menghasilkan kerja yang sangat baik. Begitulah sebaliknya sekiranya nilai yang dipegang itu adalah negatif.
            Budaya kerja ini boleh dilihat melalui teori Douglas McGregor iaitu teori X dan teori Y. Teori ini meletakkan individu atau pekerja kepada dua perbezaan nilai yang akan menggambarkan budaya kerja masing-masing. Teori X menerangkan jenis orang yang pemalas yang tidak suka bekerja serta senang menghindar dari pekerjaan dan tanggungjawab yang diberikan kepadanya. Pekerja jenis ini memiliki cita-cita yang kecil untuk mencapai tujuan organisasi namun menginginkan ganjaran serta jaminan hidup yang tinggi. Dalam bekerja, para pekerja jenis X ini harus terus diawasi, diancam serta diarahkan agar dapat bekerja sesuai dengan matlamat yang diinginkan organisasi.
            Nilai yang dipegang oleh pekerja jenis X ini berbeza sama sekali dengan pekerja jenis Y yang beranggapan bahawa kerja adalah kudrat manusia seperti halnya kegiatan sehari-hari. Pekerja jenis ini tidak perlu terlalu diawasi dan diancam secara ketat kerana mereka memiliki pengendalian serta pengerahan diri untuk bekerja sesuai dengan matlamat organisasi. Pekerja jenis Y memiliki kemampuan kreatif, imaginasi, kepandaian serta memahami tanggungjawab dan prestasi atas pencapaian matlamat bekerja.
            Kedua-dua teori ini menggambarkan bagaimana budaya kerja dalam sesebuah organisasi. Budaya kerja yang cemerlang selalunya ada pada pekerja jenis teori Y. Budaya inilah yang akan menjadi nilai yang dipegang oleh seluruh organisasi supaya mencapai matlamat yang ditetapkan. Bagi pekerja jenis teori X mereka mempunyai satu budaya kerja yang perlu diubah sekiranya mahu matlamat organisasinya tercapai. Bagi tujuan itu beberapa kajian telah dibuat dan menghasilkan beberapa model budaya kerja organisasi menurut Sivalingam dan Siew Peng Yong, (1992). Antaranya ialah budaya autoritarian, budaya birokratik, budaya tugas, budaya individualistik, budaya tawar- menawar dan budaya kolektiviti.
            Budaya kerja autoritarian menumpukan kepada perintah dan kawal. Budaya bentuk ini seringkali diamalkan dengan berkesan dalam organisasi yang bersaiz kecil seperti perniagaan keluarga, syarikat kecil dan firma sederhana. Pekerja cenderung untuk bersikap 'yes man , dan 'play safe' daripada memberi pandangan kritikal bagi menjaga kedudukan dan kepentingan masing-masing. Budaya kerja seperti ini seringkali dilihat berlaku kepada pekerja jenis X dalam teori Douglas            McGregor.
            Budaya kerja birokratik pula berasaskan kepada konsep bahawa organisasi boleh diurus dengan cekap menerusi kaedah pengurusan yang bersifat impersonal, rasional, autoriti dan formaliti. Jawatan dalam organisasi adalah disusun mengikut hierarki supaya tanggungjawab, penyeliaan, autoriti dan akauntabiliti jelas dan mudah diikuti.  Faktor meritokrasi digunapakai dalam organisasi iaitu pengambilan pekerja, kenaikan pangkat dan pemberian ganjaran diberi berdasarkan kebolehan dan prestasi kerja masing-masing. Budaya kerja seperti ini sering kali digunakan oleh pelbagai sektor organisasi terutamanya sektor awam dan swasta.
            Seterusnya, Kerja dalam organisasi dibahagi dan ditugaskan kepada individu atau pasukan tertentu. Bekerja secara bersama bagi menjayakan sesuatu projek ini membentuk solidariti pekerja dan mendorong penyesuaian antara personaliti yang berbeza kerana mereka sama-sama bertanggungjawab kepada kejayaan organisasi. Budaya kerja ini dipanggil sebagai budaya kerja fungsional.
            Selain itu, terdapat universiti yang bergantung kepada profesor ternama untuk menarik pelajar dan mendapatkan tajaan. Begitu juga firma konsultansi atau guaman yang biasanya bergantung penuh kepada individu (konsultan atau peguam) tertentu yang popular bagi menarik pelanggan. Kebolehan mendapatkan pelanggan seringkali menyebabkan mereka kurang terikat kepada peraturan dan prosedur. Keadaan inilah yang menyebabkan wujud budaya kerja individualistik dalam organisasi.
            Dalam setiap organisasi, kesatuan pekerja diiktiraf sebagai bahagian utama dalam organisasi. Kesatuan sekerja berfungsi untuk menjaga kepentingan pekerja dan membantu pengurusan mencapai matlamat organisasi. Perundingan dan tawar-menawar berlangsung berdasarkan perundangan dan prosedur yang diakui oleh kedua-dua belah pihak. Proses ini dipanggil sebagai budaya kerja tawar-menawar.
            Dikatakan pula bahawa antara kunci kejayaan organisasi Jepun adalah kebolehan mereka untuk menggunakan idea dan cadangan pekerja bawahan. Pekerja diberi peluang untuk mengemukakan cadangan dan kreativiti bagi memperbaiki proses kerja, sistem dan prosedur. Unit asas bagi organisasi Jepun adalah kumpulan kerja yang dianggotai oleh semua peringkat jawatan seperti pakar, profesional, pengurus, juruteknik dan pekerja sokongan. Tetapi mereka akan bergaul sama di tempat kerja, di meja makan dan di masa rehat. Oleh itu komunikasi di tempat kerja berlangsung dengan lancar. Pengurus dan pekerja sama-sama berusaha menyelesaikan masalah atau meningkatkan kecekapan dengan perbincangan yang kerap. Budaya kerja ini dipanggil sebagai budaya kerja kolektif.
            Berdasarkan kelima-lima budaya kerja ini dapatlah dirumuskan bahawa setiap satu budaya kerja yang diamalkan mempunyai implikasi positif atau negatif bergantung kepada matlamat organisasi sama ada tercapai atau tidak selaras dengan budaya kerja yang dipegang. Sesebuah organisasi akan mengalami masalah apabila  semua ahli yang berada didalamnya mengamalkan budaya kerja yang tidak baik seperti mana pekerja jenis X. Budaya seperti ini boleh mendatangkan implikasi yang buruk kepada produktiviti dan kualiti organisasi akan terjejas.
            Budaya kerja yang negatif akan membuatkan organisasi tidak mencapai matlamat dan hala tuju yang telah ditetapkan oleh pentadbir. Kesannya kepada organisasi ialah produktiviti dan penghasilan yang dikeluarkan tidak mencapai piawaian yang ditetapkan. Masyarakat akan hilang kepercayaan kepada organisasi kerana budaya kerja yang diamalkan tidak menepati piawaian yang ditetapkan. Organisasi tidak dapat berkembang maju seiring dengan perkembangan semasa yang berlaku terutamanya dalam bentuk persaingan sesama organisasi. Dengan itu, organisasi akan mengalami kerugian dan kegagalan dalam pengurusan sekali gus memusnahkan organisasi. Budaya kerja yang diamalkan ini akan membebankan organisasi. Antara nilai-nilai yang dipegang ialah suka membuang masa/melepak, menunggu masa balik, tidak suka menolong, suka membantah, suka mengampu, membuat kerja sambil lewa, tidak jujur, bencikan kepada arahan, dan lain-lain. Ini adalah nilai-nilai yang akan menghancurkan organisasi sekali gus mendatangkan implikasi yang negatif kepada seluruh warga organisasi.
            Manakala, budaya kerja yang positif akan membuatkan organisasi mencapai matlamat dan harapan yang ditetapkan. Kesannya kepada organisasi ialah produktiviti dan persaingan antara organisasi menunjukkan peningkatan pencapaian yang cemerlang. Budaya kerja yang cemerlang ini akan menguntungkan organisasi dari segi kualiti dan kepercayaan masyarakat terhadapnya. Masyarakat akan percaya kepada organisasi ini kerana piawaian yang ditetapkan dipatuhi oleh seluruh ahli dalam organisasi. Antara nilai-nilai yang dipegang dalam budaya kerja cemerlang ini ialah tidak suka membuang masa, suka berbincang, taat pada arahan ketua, suka membantu, membuat kerja dengan bersungguh-sungguh, selalu senyum, ikhlas dalam menjalankan kerja, jujur, penyabar dan lain-lain. Inilah antara nilai-nilai budaya kerja yang dipegang dalam memastikan organisasi menerima implikasi yang positif hasil dari budaya kerja yang diamalkan.
Kesimpulannya, pewujudan budaya di dalam sesuatu kelompok manusia, organisasi atau masyarakat bermula daripada kelakuan yang sama dan berulang-ulang oleh anggota kumpulan tersebut. Tabiat yang berulang-ulang ini akan menjadi sifat (karakteristik) kumpulan atau masyarakat. Oleh itu, penerapan budaya kerja yang cemerlang perlu dan penting kepada setiap ahli dalam organisasi supaya dapat meningkatkan lagi mutu dan kualiti dalam perkhidmatan untuk organisasi. Jatuh bangun sesebuah organisasi bergantung sepenuhnya kepada budaya kerja yang diamalkan sama ada baik atau buruk bergantung kepada cara dan bagaimana pelaksanaannya dalam merealisasikan hasrat negara untuk mencapai tahap negara maju menjelang 2020.

 Sumber : Muhammad Ilyas bin Zambri (Cr. GIK)

Sunday 26 April 2015

PROGRAM INSPIRASI KERJAYA 2015



Semua dijemput hadir bagi memeriahkan PROGRAM INSPIRASI KERJAYA 2015 pada :

Tarikh  : 30 April 2015 (Khamis)
Masa   : 8.00 Pagi sehingga 5 Petang
Tempat: Majlis Daerah Tanjong Malim, Perak (MTDM)

Friday 24 April 2015

ELAK BANYAK BERCAKAP SEMASA SOAL-JAWAB


 Kadangkala semasa sesi temuduga, calon-calon akan lebih mudah teruja dengan soalan-soalan yang diajukan oleh penemuduga kepada calon. Ini boleh dilihat dari kecenderungan calon-calon untuk lebih vokal, dan bercakap tanpa henti.




Perkara ini harus dielakkan oleh calon temuduga kerana :

  • Walaupun ia dapat mengurangkan rasa gemuruh, tetapi ia menunjukkan bahawa calon kurang matang
  • Boleh menyebabkan penemuduga mudah berasa bosan
  • Terdapat kebarangkalian calon mungkin tersalah tafsir soalan penemuduga dan sekiranya calon meneruskan percakapan tanpa henti, ia mungkin menyebabkan penemuduga bertanggapan negatif kepada calon.
  • Ia memberikan imej gopoh kepada calon
  • Jawapan yang diberikan mudah tersasar dari kehendak penemuduga
  • Perlu diberi perhatian bahawa penemuduga lebih senang dengan calon yang memberikan jawapan yang ringkas dan padat kerana kebanyakkan penemuduga mengejar masa untuk menemuduga calon seterusnya. 

Sekiranya ingin memberikan impresi yang baik, maka bercakaplah dengan nada yang tegas dan bersemangat. Elakkan bercakap ataupun membebel terlalu banyak kerana ini adalah salah satu perkara yang menjelikkan penemuduga.

Jawatan kosong terkini- Mei 2015

(A)

Jawatan Kosong Johor Petroleum Development Corporation (JPDC) Mei 2015




Jawatan kosong terkini Johor Petroleum Development Corporation (JPDC) 2015 terkini. Peluang kerjaya dan kerja kosong JPDC terkini bulan April hingga Mei 2015 untuk kekosongan jawatan Senior Analyst Development; penempatan kerja di Johor.

Permohonan dipelawa daripada Warganegara  Malaysia yang  berkelayakan. Johor Petroleum Development Corporation jobs vacancies April to May 2015.

Jawatan : Senior Analyst, Development
Requirements :
* Candidate must possess a Bachelor's Degree, Post Graduate Diploma. Professional Degree in Civil Engineering or any related field or equivalent.
* 5-7 years of collective industry experience in Federal or Private infrastructural development projects. in an enabler set-up or as implementation and combination unit is preferred.
* Must good in Communication and Presentation Skill in Bahasa Malaysia & English.
* Project Management Professional qualification such as PMI / CAPM certification is an advantage.
* Full-Time position(s) available.



Sektor : Badan Berkanun
Tarikh tutup permohonan : 13 Mei 2015
Lokasi kerja : Johor.

Alamat :
17-03, Level 17, Menara Msc Cyberport
No. 5, Jalan Bukit Meldrum, 80300, Johor Bahru
Johor Malaysia.

IKLAN JAWATAN <---- Klik Sini





(B)
Jawatan Kosong Kumpulan Darul Ehsan Berhad

Permohonan adalah dipelawa kepadawarganegara Malaysia bagi mengisi kekosongan jawatan seperti berikut:

1. Senior Manager Finance & Administration
2. Manager Finance & Administration
3. Non Executive Finance & Administration
4. Manager Public Relations, media promote
5. Senior Manager Group Internal Audit
6. Manager Group Internal Audit.
7. Executive Group Internal Audit-2 Vacancies
8. Assistant Manager Group Risk Management
9. Assistant General Manager Group Strategic Planning & Investment
10. Senior Executive Group Strategic Planning & Investment
11. Manager Group Human Resources
12. Executive Group Human Resources
13. Manager Group IT
14. NonExecutive Group IT
15. Manager Secretarial
16. Executive Secretarial


Interested, please submit resume to:

Azlina Mirah Kadir : azlina@kps.com.my
Muhammad Ezral Aziz : muhdezral@kps.com.my


(C)

Jawatan Kosong Tabung Haji Terkini 16 Mei 2015

Jawatan kosong terkini Lembaga Tabung Haji bulan Mei 2015. Peluang kerjaya dan kerja kosong Tabung Haji (TH) di Kuala Lumpur bulan April hingga Mei 2015.






Permohonan dipelawa daripada dipelawa daripada warganegara Malaysia yang berkelayakan untuk mengisi kekosongan jawatan Tabung Haji seperti dibawah ini :
  • Jurutera Sivil Dan Struktur
  • Eksekutif Pemasaran Hartanah
  • Pengurus Pengawasan Korporat Dan Pengurusan
  • Pengurus Risiko Pematuhan
  • Pengurus Risiko Operasi (Business Continuity Management)

Sektor : Badan Berkanun
Tarikh tutup : 02 Mei 2015
Lokasi kerja : Kuala Lumpur

Alamat :
Lembaga Tabung Haji
201 Jalan Tun Razak Kuala Lumpur.


11 HALUAN SAMBUNG BELAJAR SELEPAS SPM




Tahniah buat adik-adik yang mendapat keputusan cemerlang dalam peperiksaan SPM dan STPM 2012 yang diumumkan baru-baru ini. Tentulah sekarang sudah tidak sabar-sabar untuk memilih kursus dan hala tuju untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi lagi. 

Bagaimana pula dengan pelajar yang mendapat keputusan yang biasa-biasa saja? 

Sama ada keputusan yang anda dapat cemerlang atau cukup makan sahaja, kita perlu sedar bahawa ada banyak haluan yang disediakan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) dan Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) dalam memastikan rakyat Malaysia, terus mendapat pendidikan ke peringkat yang paling tinggi boleh dicapai oleh individu. 

Justeru itu, saya senaraikan beberapa pilihan yang adik-adik pelajar ada, bagi menyambung pelajaran selepas SPM dalam laluan ke program ijazah pertama!






Tingkatan 6
Untuk pilihan ini, adik-adik pelajar boleh memasuki universiti dengan menggunakan keputusan STPM. Dengan sistem peperiksaan modular yang baru, di mana setiap semester akan diuji, adik-adik sebenarnya sudah mula melangkah ke alam pembelajaran gaya universiti.


STAM
Untuk pilihan ini, adik-adik pelajar boleh memasuki universiti melalui keputusan Sijil Tinggi Agama Malaysia, STAM. Ini adalah khusus kepada pelajar-pelajar tingkatan 6 aliran agama.



Matrikulasi
Ini juga salah satu laluan yang popular bagi pelajar lepasan SPM yang mendapat keputusan cemerlang dan sederhana cemerlang. Kursus yang ditawarkan adalah aliran Sains Tulen,Kejuruteraan, dan Perakaunan. Tempoh masa program matrikulasi pula adalah selama 1 atau 2 tahun bergantung kepada kursus yang dipohon. Pelajar akan ditempatkan di Kolej Matrikulasi di seluruh Malaysia. Pelajar seterusnya akan ditempatkan di universiti terpilih mengikut kursus pilihan dan juga keputusan akhir matrikulasi.



Asasi
Program asasi juga sebenarnya adalah sama seperti program persediaan sebelum ke ijazah, iaitu program matrikulasi. Bezanya, program asasi diuruskan oleh pihak universiti sendiri, seperti Universiti Malaya (UM) dan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM). Pelajar yang mendapat program asasi, kebiasaannya akan ditempatkan di universiti tersebut selepas tamat program.


PISMP
Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan PISMP ini juga merupakan pilihan popular kepada pelajar-pelajar yang mendapat keputusan yang cemerlang. Para pelajar akan mengikuti program perguruan selama 4 tahun dengan 1 tahun persediaan. Ini juga merupakan laluan cepat dan selamat kepada pelajar lepasan SPM. Pelajar akan ditempatkan di Institut Perguruan yang terdapat hampir di semua negeri di Malaysia mengikut pilihan kursus. 


Program Persediaan Luar Negara
Bagi program persediaan ke luar negara, program akan ditawarkan kepada pelajar-pelajar yang mendapat keputusan yang sangat cemerlang. Kebiasaannya pelajar tersebut juga akan ditawarkan biasiswa penuh daripada pihak JPA. Selain daripada pihak JPA, terdapat juga agensi lain seperti MARA yang turut menaja pelajar untuk melanjutkan pelajaran ke luar negara.



Diploma (IPTA)
Bagi adik-adik pelajar yang sudah tidak sabar-sabar untuk memulakan pengajian di peringkat yang lebih tinggi, ini adalah pilihan yang paling sesuai. Banyak kursus yang ditawarkan oleh IPTA seperti UiTM dan UTM yang menawarkan kursus diploma kepada pelajar lepasan SPM.  



Diploma (POLITEKNIK)
POLITEKNIK juga merupakan pilihan yang tepat bagi pelajar lepasan SPM yang mahu melanjutkan pelajaran ke peringkat lebih tinggi serta berkecenderungan kepada kursus-kursus bidang teknikal. Namun, kursus yang ditawarkan oleh POLITEKNIK sebenarnya lebih banyak lagi pilihan. Tambahan pula, kini pelajar lepasan Diploma dari POLITEKNIK juga mempunyai peluang lebih cerah melanjutkan pelajaran ke peringkat Ijazah Pertama di mana-mana POLITEKNIK yang menawarkan kursus sedemikian. 



Diploma (IPTS) 
Bagi pelajar yang mempunyai sumber kewangan yang lebih, atau mempunyai minat dalam bidang yang tidak ditawarkan di mana-mana IPTA, pelajar boleh memohon untuk melanjutkan pelajaran ke IPTS. Pemilihan IPTS perlulah dilakukan dengan hati-hati bagi mengelakkan pembelajaran hanya pada separuh jalan. Walau bagaimana pun, kini kita ada banyak pilihan IPTS yang berkualiti serta terbukti dalam melahirkan graduan yang hebat dan setaraf dengan lepasan IPTA. Bijak memilih!



Diploma Kemahiran Malaysia
Kursus Diploma Kemahiran Malaysia pula ditawarkan kepada pelajar-pelajar yang berminat dengan bidang-bidang kemahiran. Pelajar-pelajar seperti ini boleh memasuki Institut Latihan Perindustrian, Kolej Komuniti, Akademi Binaan Malaysia CIDB dan banyak lagi institusi lain. Ianya tidak terhad kepada kemahiran perindustrian sahaja, malah kemahiran seperti bertukang, pertanian juga turut ditawarkan. 



Kerja (5 Tahun Pengalaman)
Bagi yang ingin bekerja dahulu, pengalaman bekerja selama 5 tahun juga boleh digunakan untuk memohon kursus tertentu dalam mendapatkan Ijazah Pertama. Kementerian Pengajian Tinggi KPT ada menyediakan ruang dan laluan khas untuk mereka yang bekerja dengan pengalaman lebih 5 tahun melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi. 

5 SEBAB KENAPA SUSAH DAPAT PEKERJAAN




Pekerjaan adalah satu rezeki daripada Allah kepada hambanya yang berusaha. Ada yang dapat pekerjaan yang baik walaupun belajar tak berapa pandai berbanding dengan kawan yang belajar agak rajin dan tinggi. Anda perlu akui, seringkali menbanding-bandingkan kejayaan seseorang dengan sijil atau tahap pelajaran seseorang. Tetapi, anda perlu tahu 5 perkara di bawah ini kenapa susah mendapat pekerjaan :)

1. Pandai Belajar Tapi Tak Pandai Berinteraksi 

Satu ‘kebolehan luarbiasa’ institusi institusi pengajian di Malaysia (samaada institusi awam atau swasta) adalah menghasilkan graduan yang cemerlang dalam bidang akademik tetapi kemudiannya dicemuh oleh majikan apabila mereka datang ke temuduga kerja (tidak semua tetapi banyak). 

Hasilnya, mereka ditolak bulat bulat, dan sebaliknya calon lain yang kurang pintar serta mendapat kelulusan yang rendah tetapi memiliki potensi untuk digilap pula yang ditawarkan kerja. Tidak sukar untuk majikan menemukan calon yang mendapat ijazah kelas pertama atau mereka yang seringkali berada dalam senarai anugerah dekan di universiti, namun semua itu menjadi tidak bermakna jika sekiranya calon tidak mempunyai kemahiran asas untuk bersaing dalam dunia kerjaya yang penuh kompetitif. 

Apabila ditanya satu soalan, jawapan yang diberi hanya sepatah dua ayat yang tiada kualiti, dan tiada inisiatif untuk membuat analisa terhadap sesuatu soalan dan menampilkan teknik berkomunikasi yang berkesan. 

2. 20% Usaha, 80% Mengeluh 

Ramai yang mahukan kerja tetapi hanya berusaha sekerat jalan sahaja. Jika benar benar mahu mendapatkan pekerjaan, jadikan ia satu usaha sepenuh masa, bukan sekadar melepaskan batuk di tangga atau berhenti separuh jalan. 

Kata orang, jadikan “mencari kerja itu kerja sepenuh masa anda”. Jika masih tiada hasil, buat post mortem dan kaji semula kesilapan yang mungkin telah anda lakukan dalam usaha mendapatkan kerja. Jangan terlalu cepat mengeluh. “Kalau tak ada kabel, jangan haraplah nak dapat kerja.” “Apa ni? Adakah sebab majikan memilih perempuan perempuan cantik sahaja?” “Kerajaan tak boleh harap, memang tak nak bantu orang…” 

Semak semula dan tanya diri sendiri adakah sudah betul betul berusaha? Tepuk dada tanyalah selera. 

3. Suka ‘Tunggu’ Dan Bukan ‘Kejar’ 

Orang yang berjaya tidak menunggu sehingga peluang terhidang di depan mata kerana mereka tahu rezeki tidak datang bergolek. Mereka juga sedar rezeki itu tidak layak untuk mereka yang tidak berusaha serta mereka yang mengharapkan nasib semata mata. 

Sebaliknya, mereka mencari cari dan mengejar peluang demi mengubah nasib hidup. Ada yang sanggup mengembara beratus ratus kilometer semata mata untuk menghadiri temuduga di ibu kota. 

Orang yang kurang berjaya sebaliknya mengambil sikap tunggu, lihat dan berharap. Mereka berpendapat, “jika dah ada rezeki, memang tak ke mana” tanpa melakukan sebarang usaha yang serius untuk merubah keadaan. Tiada usaha untuk menambahbaik kemahiran yang boleh meningkatkan nilai mereka di pasaran seperti kemahiran berkomunikasi, perisian, menulis resume dan sebagainya. 

4. Gaji Dulu, Pengalaman Kemudian 

Bagi kebanyakan orang, gaji lebih penting berbanding dengan pengalaman serta potensi pembangunan kerjaya. Kerja yang menawarkan gaji kecil, walaupun datang dengan peluang pembangunan yang menarik, akan ditolak tepi dahulu dan tidak diberi keutamaan. Golongan yang sama mengenakan pelbagai syarat lain yang menyempitkan lagi peluang yang ada, malah sehingga membuatkan majikan menjauhkan diri. 

Sebagai contoh, mereka tidak sanggup untuk bekerja di lokasi yang jauh dan tidak menyenangkan proses perjalanan. Bagi mereka, bangun awal pagi untuk sampai ke tempat kerja tepat pada masanya adalah sesuatu yang melecehkan. 

Jika memang pekerja berpengalaman (dan laku di pasaran) tidak mengapalah, tapi graduan yang pengalaman yang masih zero pengalaman! 

5. Hentam Semborono 

Kata orang, malu bertanya, sesat jalan. Entah apa sebabnya, mereka ini yang tidak tahu terus menerus membiarkan diri mereka disesatkan tanpa berusaha untuk meingisi sedikit ilmu di dada. Tidak tahu apa itu resume. Tidak tahu bagaimana menulis surat permohonan kerja. Tiada pengetahuan tentang teknik teknik menghadiri temuduga yang berkesan. 

Yang mereka tahu, pergi ke website atau laman web, dan ‘memohon kerja’ dengan menulis ‘resume’ mereka dalam ruangan komen. Jika beginilah caranya, tidak akan ada orang yang simpati jika tidak mendapat kerja sampai bila bila.



10 KESALAHAN YANG BIASA DILAKUKAN OLEH CALON TEMUDUGA





Mungkin anda pernah menghadiri beberapa siri temuduga tapi masih belum lagi beroleh pekerjaan. Tidak mengapa. Jangan berasa kecil hati atau kecewa jika syarikat yang anda hadiri temuduga tidak berminat dengan anda. Ini kerana pada zaman sekarang anda perlu bersaing. Sesebuah syarikat akan menerima ratusan resume untuk sesuatu tawaran pekerjaan yang diiklankan. Majikan perlu menapis ratusan permohohan kerja ini sebelum mereka membuat keputusan memilih calon yang sesuai. Kemudian mereka akan memilih 10 calon terbaik untuk ditemuduga. Daripada 10 calon tersebut, hanya tiga daripada mereka akan dipilih untuk temuduga seterusnya.

Baiklah, pelajaran pertama...

Anda tentu pernah dengar kisah calon-calon temuduga yang nampak hebat. Akan tetapi ketika sesi temuduga, dialah individu yang paling teruk. Pada masa yang sama, ada individu yang nampak biasa-biasa sahaja. Akan tetapi, dia mudah mendapatkan pekerjaan.

Apakah yang telah kesalahan yang telah dilakukan oleh individu yang gagal tadi? Di bawah ini saya senaraikan 10 kesalahan yang sering dilakukan oleh calon-calon temuduga. Mari kita belajar daripada kesilapan mereka supaya kita dapat mengambil pengajaran.


1. Cara Bersalam Yang Lemah

Cara Bersalam Yang Lemah http://buatresume.blogspot.com/
Peluang pertama anda untuk menonjolkan diri anda ialah pada tiga saat pertama berjabat tangan dengan penemuduga ketika memulakan sesi temuduga. Jika cara berjabat tangan anda betul, ia akan memberikan gambaran yang positif tentang diri anda kepada penemuduga. Jika genggaman tangan anda lemah, maka adalah hampir mustahil untuk anda membina hubungan yang baik dengan penemuduga. Ini kerana setiap cara bersalam mempunyai maksudnya yang tersendiri.
* Genggaman tangan yang lemah dan kendur: Memberikan gambaran tidak berminat dan lemah.
* Bersalam dengan menggunakan hujung jari: Menunjukkan kurang minat untuk bergaul.
* Genggaman yang terlalu keras: Menunjukkan rasa tidak ikhlas (seperti seorang jurujual yang terlalu agresif).
Bagaimanakah cara bersalam yang betul? Caranya ialah dengan menggenggam sedikit sahaja tangan penemuduga. Jangan terlalu kuat dan jangan terlalu lemah. Yang penting anda dan penemuduga berasa selesa. Untuk mendapatkan cara bersalam yang paling betul, anda perlu berlatih dengan rakan-rakan anda. Selepas itu, minta mereka kritik dengan ikhlas dan beritahu tentang perasaan mereka tentang anda.


2. Terlalu Banyak Bercakap

Dalam temuduga, anda perlu bercakap. Jika anda lebih banyak diam dari bercakap, ia menunjukkan anda seorang yang pasif. Namun sekiranya anda terlalu banyak bercakap, ia tidak bagus juga.

Berikut adalah dua bentuk banyak bercakap dalam temuduga dan gambarannya.

* Menjawab soalan yang mudah dengan panjang berjela-jela – Gambaran: Anda tidak faham apa yang dimaksudkan oleh penemuduga.
* Bercakap dengan nada gelisah – Gambaran: Anda sedang menyorokkan sesuatu atau sedang menipu.

Untuk mengelakkan bentuk terlebih cakap ini, anda perlu membuat latihan menjawab soalan secara bersahaja. Dapatkan soalan-soalan yang sering ditanya ketika temuduga dan berlatih cara menjawabnya dengan rakan anda. Dengan melakukan ini, anda akan lebih bersedia dalam temuduga seterusnya.


3. Bercakap Perkara-perkara Yang Negatif Tentang Majikan/Bekas Majikan

Cara paling cepat untuk anda TIDAK diterima bekerja ialah menyatakan perkara-perkara negatif tentang majikan atau bekas majikan anda. Walau seteruk mana majikan anda itu, jangan sekali-kali menyatakan perasaan tidak puas hati anda itu di hadapan penemuduga. Walaupun tuduhan anda itu memang benar dan munasabah, anda akan gagal dalam temuduga tersebut. Ini kerana anda akan dianggap tidak menunjukkan rasa hormat kepada majikan anda.

Oleh yang demikian, apabila diminta bercakap tentang majikan anda, pastikan anda bersedia dengan jawapan-jawapan yang positif sepanjang pengalaman anda dengannya.


4. Datang Terlalu Awal Atau Lewat

Calon-calon yang datang lewat akan memberikan gambaran yang negatif kepada penemuduga. Jika dalam sesi temuduga anda sudah terlewat, penemuduga pasti beranggapan bahawa anda akan selalu lewat ketika bekerja nanti.

Namun begitu anda juga tidak perlu datang terlalu awal. Sekiranya anda datang terlalu awal, misalnya satu jam atau 30 minit sebelum temuduga, ia akan memberikan gambaran yang kurang baik juga. Anda akan kelihatan seolah-olah terlalu terdesak untuk mendapatkan pekerjaan. Jadi, tunjukkan yang anda menghargai masa yang anda miliki. Jadi jangan datang terlalu lewat atau terlalu awal.


5. Bersikap Kurang Sopan Dengan Penyambut Tetamu (Receptionist)

Disebabkan orang pertama yang anda akan jumpa ketika temuduga nanti ialah seorang penyambut tetamu (receptionist), anda perlu bersedia. Jangan bersikap tidak sopan, biadap dan tidak profesional dengan receptionist. Ini kerana penilaian temuduga anda bermula dari sini. Penyambut tetamu boleh diibaratkan sebagai CCTV kepada penemuduga. Mereka mempunyai kuasa untuk menentukan samada anda layak atau tidak bekerja di situ disebabkan sikap dan tingkahlaku anda. Selepas anda pulang, penemuduga mungkin akan bertanyakan sesuatu kepada receptionist. Mungkin tentang tingkah laku anda.


6. Bertanya Tentang Faedah, Percutian Atau Gaji

Bertanya Tentang Faedah, Percutian Atau Gaji
Pada akhir sesi temuduga, biasanya penemuduga akan memberi peluang kepada anda untuk bertanyakan soalan jika ada. Namun ini tidak bermakna anda boleh tanya sebarang soalan. Soalan yang perlu anda elakkan ialah soalan bertanyakan tentang faedah, percutian atau gaji yang anda akan terima. Biarpun perkara ini penting bagi anda, namun biarlah penemuduga menentukannya. Selagi penemuduga tidak membangkitkan perkara ini, selagi itulah anda harus berdiam diri.


7. Tidak Melakukan Persediaan Untuk Temuduga

Jika anda tidak melakukan sebarang kajian tentang syarikat sebelum menghadiri temuduga, anda sebenarnya secara terang-terangan telah memberitahu syarikat bahawa anda tidak berminat dengan syarikat tersebut. Ini kerana salah satu cara untuk menunjukkan anda mengetahui banyak perkara tentang syarikat ialah dengan mengajukan soalan-soalan yang berkaitan dengan syarikat kepada penemuduga. Jadi, lakukan persediaan yang cukup.


8. Umm...Err...Aaa...

Elakkan daripada mengeluarkan bunyi-bunyi sebegini ketika sesi temuduga. Ini kerana ia akan menunjukkan anda gemuruh dan tiada keyakinan diri. Penemuduga boleh mengesan perkara ini. Oleh itu anda perlu sentiasa bertenang. Salah satu cara untuk menghindari perkara ini ialah dengan berkongsi cerita kejayaan-kejayaan yang anda telah capai sepanjang kerjaya anda kepada penemuduga. Anda pasti akan berasa lebih tenang dan selesa sepanjang temuduga.


9. Kontak Mata (Eye Contact)

Melihat mata penemuduga adalah sangat penting dalam sesi temuduga. Ketika menjawab soalan, anda perlu bertentang mata dengan penemuduga. Jika anda bercakap sambil memandang ke bawah, memandang tingkap, lampu dan sebagainya, anda akan dilihat seperti tidak mempunyai keyakinan diri dan sedang menipu.

Sekali lagi, perkara ini perlu dilatih terlebih dahulu bersama rakan-rakan anda.


10. Gagal Menyesuaikan Diri Dengan Gaya Komunikasi

Anda perlu berkomunikasi dengan baik dengan penemuduga. Lebih penting daripada itu, anda perlu menyesuaikan gaya komunikasi anda dengan gaya komunikasi penemuduga. Contohnya, jika penemuduga tersebut seorang yang serius tentang perniagaannya, jangan cuba berjenaka dengan membawa cerita-cerita lucu. Anda perlu berkomunikasi dengannya secara jelas dan serius seperti perbincangan dalam perniagaan. Begitu juga sebaliknya.


#  Sumber info diambil melalui
Hafiz Lidin
Penulis E-Book Teknik Menjawab Soalan Temuduga
Teknik Menjawab Soalan Temuduga



Forum

Recent Posts